Assalammualaikum WBT
Ini hari mau bersuka ria bersama game jawab menjawab soalan. Sape-sape yang rajin sila jawab. Sape-sape yang xmls nak jwb xpyh jawab k. Pemakanan penentu perwatakan? Mungkin ya, mungkin tidak. Anda cuma jawab samada A@B@C@D. 1 soalan 1 jawapan k. NOTE: Hanya untuk suka-suka. Ramalan mungkin tepat mungkin hanya rekaan semata-mata. Tiada kaitan yang hidup atau yang telah tiada. Harap Maklum... Silakan menjawab!!!.
Bila game bermula.....
1- Apakah menu sajian anda pada waktu pagi?
a. Telur & roti bakar
b. Bijirin
c. Tat (telur, buah-buahan, dll)
d. Tak makan apa-apa
2- Pilih satu jenis sarapan yang anda inginkan :
a. Telur & roti bakar
b. Lain dari menu ini
c. Tat (telur, buah-buahan, dll)
d. Kek
3- Semasa makan tengahari, anda :
a. Tak makan kerana terlalu sibuk bekerja & takut menjadi gemuk
b. Makan apa yang anda idamkan sejak pagi tadi
c. Makan makanan yang dibawa dari rumah
d. Ikut kawan-kawan & makan apa mereka makan
4- Kawan jemput merasa makanan mereka, anda :
a. Ambil segigit kerana anda kelaparan
b. Ambil segigit kerana takut dia kecil hati
c. Menolak kerana nak jaga badan
d. Makan berlebihan tanpa rasa malu
5- Jika bakal teman lelaki/wanita anda mempersembahkan 1 hidangan, anda idamkan :
a. Sekeping biskut
b. Sebiji epal
c. Sepotong pizza
d. Lobak merah
6- Anjing @ kucing anda meminta makanan, anda beri :
a. Biskut anjing/kucing
b. Kek
c. Tak beri apa-apa, hanya membelai kepalanya
d. Tak beri apa-apa & menghalaunya
7. Dalam mimpi, anda berada di restoran terbaik dunia. Anda akan order :
a. Semua yang tertera di dalam menu
b. Hidangan salad terbesar
c. Stik terlazat
d. Pencuci mulut paling mahal
8- Anda terdampar di sebuah pulau tropika. Makanan yang terdampar bersama ialah :
a. Buah-buahan & sayur-sayuran
b. Daging & kentang
c. Ais krim, coklat & kek
d. Makanan cina
9- Semasa bayi, ibu anda sering memberi anda :
a. Bijirin bayi
b. Brokoli
c. Biskut
d. Sebotol susu sahaja
10- Semasa anda berumur 6 tahun, ayah anda sering memberi anda :
a. Pizza
b. Spegeti
c. Gum getah
d. lobak merah
Markahnyaaa -->
Jawapannyaaa -->
Markah 12-20 :
Anda seorang pemalu & kurang senang dengan kehadiran orang lain. Seorang yang bijak tapi tak mahu menonjolkan bakat anda. Punyai hati yang pemurah & berjiwa seni. Meminati lagu & filem jiwang & cintan. Anda lebih rela berseorangan di rumah. Selalu alami kekecewaan & putus cinta. Punyai perasaan memberontak tapi tak berani menyuarakan pendapat.
Markah 21-30 :
Tempuhi pelbagai rintangan untuk capai kejayaan. Sentiasa berhadapan kerenah manusia & percintaan yang penuh dugaan. Dengan tenang walaupun dalam situasi kucar kacir, anda dapat mengawal keadaan dengan menjadi pemimpin. Hubungan cinta anda pendek & mengecewakan kerana harapan terhadap pasangan terlalu tinggi. Minat sukan & aktif dalam sukan.
Markah 31-42 :
Bersikap tenang serta pentingkan kasih sayang & persahabatan. Suka seni & sastera. Anda suka aktiviti luar yang lasak & merbahaya. Cepat cemburu dengan kebijaksanaan & rupa paras@kecantikan orang lain. Menjaga ibu bapa sebaik mungkin walaupun mereka sering buat anda marah. Ramai yang anggap anda seorang yang boleh dipercayai & berkongsi masalah.
Markah 43-53 :
Anda rasa tak cukup masa dalam sehari nak siapkan kerja. Ramai yang anggap anda bercirikan pemimpin & anda gunakan peluang tersebut untuk maju ke hadapan. Anda tak peduli kata orang & tak malu melakukan perkara tak senonoh di khalayak ramai. Punyai semangat cinta yang berkobar-kobar & sentiasa bertenaga membuatkan teman-teman tak sanggup menurut permintaan anda.
No comments:
Post a Comment